7 Cara Untuk Gembira

Alhamdulilah, secara peribadi saya sangat gembira dengan sambutan yang diberikan oleh peminat setia kepada REMAJA, kerana kamu sedar bahawa di sinilah `Inspirasi Remaja Kini’ bermula!

Walau dimana kamu berada, di bandar, pekan ataupun kampung, REMAJA tetap relevan untuk semua golongan muda yang memerlukan suntikan idea untuk memulakan kerjaya, menepati trend terkini, gaya hidup, memperbaiki hubungan peribadi dan mengukuhkan ikatan cinta. Ini adalah antara eleman yang diperlukan oleh remaja di luar sana. Jelaslah bahawa REMAJA adalah bahan bacaan yang terbaik untuk kamu miliki...

Bagaimana hendak menikmati keseronokan dalam hidup? Agar sentiasa ceria dan dikagumi? Begitulah antara persoalan yang kerap saya terima melalui DR-Apa-apa Aje!
Lantas saya terfikir, bukan semua orang sentiasa `happy go lucky`atau melalui hari-harinya penuh bermakna. Problem, tension dan keliru menjadi penyebab golongan remaja menjadi `nakal` dan cuba membuat sesuatu luar dari batas jangkaan. Bagi melepaskan tekanan dan mencari kebebasan cara terendiri.

Ada tujuh aturan untuk menikmati hidup ini dengan penuh keceriaan.

Pertama, jangan benci, tak kiralah sama ada pada keluarga, kawan-kawan, bos maupun guru dan pensyarah. Perasan benci itu akan merosakkan niat dan keikhlasan kamu. Benci itu ibarat api dalam sekam yang akan membangkitkan dendam dan seterusanya satu pergaduhan.

Kedua, jangan bimbang. Kebimbangan tanpa sebab akan membuatkan kamu sentiasa berada dalam keadaan serba salah, cemas dan tidak tenteram. Buang perasaan demikian…Dont worry be happy!
.
Ketiga, hidup secara sederhana adalah tuntutan agama kita. Kesederhanaan adalah kunci kesempurnaan. Biarpun hidup kamu tidak kaya, tidak mewah, tidak sempurna dan tidak popular tetapi sekurang-kurangnya kamu mempunyai ketenangan di hati. Itu adalah yang paling penting. Jadi, pilihlah hidup serba sederhana dan bersyukur kerana masih lagi ramai yang menderita dan sengara di serata dunia.

Keempat jangan terlalu mengharap. Kadang-kadang pengharapan itu akan mengecewakan kamu. Belajarlah menerima kenyataan, biarpun kecil tapi bermakna dan jangan terlau mengharap yang besar dan terbaik yang tak mungkin akan menjadi miliki kamu.

Kelima, banyakan memberi. Ini adalah terapi untuk membersihkan minda dan diri. Kepuasan orang yang memberi lebih bermakna daripada yang menerima. Ini termasuklah bersedekah, membantu yang memerlukan dan berjihad ke jalan Allah.

Keenam, sentiasa tersenyum. Orang yang mudah menghadiahkan senyuman bererti mempunyai jiwa yang damai, niat yang baik dan jujur. Itu adalah kualiti bagi si penderma senyuman. Senyuman itu adalah sedekat menurut kata pujangga dan dengan menarik otot kiri dan kanan bibir akan membuatkan wajah kamu nampak lebih cantik, menarik dan menceriakan suasana. Maka lengkapkan penampilan kamu dengan senyuman…

Ketujuh, perlu ada kawan rapat seperti saya. Ooop maksudnya, bukan saya tapi REMAJA! Setiap orang memerlukan individu lain untuk saling berteman, saling memahami, saling menghormati, saling menasihati dan saling bersifat terbuka serta positif. Kawan bukan lawan! Pilihlah kawan yang boleh berkongsi kesedihan ketika kamu berduka, memapah tanganmu ketika kamu terjatuh, bercakap benar walaupun dia tahu hati kamu terluka dan marah. Selalu mengirimkan SMS bertanya khabar dan menghabiskan hujung minggu bersama-sama. Itulah yang diperlukan oleh semua orang, insan yang dikategorikan sebagai `good friend`.

Di samping itu banyak lagi kisah menarik untuk tatapan kamu semua. Antara yang paling panas; Cinta terlarang, Kujatuh Cinta Kerana Budi, pengakuan berani dari dua orang siswi yang terjebak bercinta dengan suami orang kerana termakan budi. Bukan niat mereka untuk meruntuhkan rumahtangga wanita lain tapi cinta itu datang tanpa dirancang. Adakah mereka perlu dipersalahkan?

1 comments :

  1. banyak memberi artinya kaya sob,,, kaya bukansekedar materi saja tetapi kaya hati...

    ReplyDelete